comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkhidmatan feri, bas percuma di Pulau Pinang sempena Thaipusam

FOTO: NSTP

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) akan menawarkan perkhidmatan feri percuma bermula 12.01 tengah malam 24 Januari hingga 2 pagi 26 Januari, bagi memudahkan perjalanan penganut agama Hindu ketika meraikan sambutan perayaan Thaipusam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penggunaan perkhidmatan feri, yang buat kali pertama akan beroperasi 24 jam, diharapkan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sebelah pulau.

“Selepas penumpang feri tiba di terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda, ada bas Rapid Penang yang turut memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.

“Bas akan berhenti di lokasi sembahyang dengan destinasi akhir di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani,” katanya dalam sidang media selepas Majlis menandatangani memorandum persefahaman Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang bagi pembangunan sebahagian Lot Bandar Prai hari ini.

Sementara itu, beliau berkata waktu operasi Bas Rapid Penang secara percuma adalah dari 2 petang hingga 1 pagi 24 Januari dan pada 25 Januari, dari 5.30 pagi hingga 1 pagi keesokannya.

Beliau berharap usaha itu dapat meningkatkan penggunaan pengangkutan awam khususnya ketika waktu musim perayaan.

Loading...
Terkini