comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkhidmatan keretapi percuma kepada penghidap kanser kanak-kanak dan penjaga

Oleh Khairul Rizuan Azizan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam menyediakan perkhidmatan tambang keretapi percuma kepada penghidap kanser kanak-kanak dan penjaga mereka.

Menterinya, Anthony Loke berkata, mekanisme perkara itu sedang diperhalusi dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Saya akan minta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan berbincang dahulu dengan pihak KTMB bagaimana mekanismenya sebab saya difahamkan mereka ada satu aplikasi. Jadi ia mungkin boleh diintegrasikan dengan tiket keretapi. Kalau sekarang ini seperti tiket kapal terbang mereka sudah ada aplikasi, ada integrasi dengan pihak Malaysia Airlines, “katanya.

Ujarnya, dengan pengecualian bayaran tiket keretapi itu ia dapat meringankan beban terutamanya mereka daripada kumpulan B40.

“Saya juga difahamkan ramai bukan sahaja dari Sabah dan Sarawak tetapi juga di semenanjung terutamanya luar dari Kuala Lumpur.”

“Pesakit perlu datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Jadi di Kuala Lumpur mereka tak perlukan penerbangan tapi kita boleh menawarkan perkhidmatan keretapi,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran National Childhood Cancer Alliance & CANSupport di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) ibu negara, petang tadi.

Beliau turut mengalu-alukan syarikat kenderaan e-hailing dan teksi menyokong inisiatif sama dalam membantu golongan berkenaan.

Loading...
Terkini