comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkhidmatan laluan monorel kembali beroperasi 5 petang ini

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan laluan monorel akan kembali beroperasi sepenuhnya bermula jam 5 petang ini, selepas ditutup susulan insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di ibu negara semalam.

Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan dalam kenyataannya hari ini, kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan oleh pihak Rapid Rail dan pihak berkuasa tempatan telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.

“Pihak operasi dan jurutera struktur juga telah selesai menjalankan beberapa pemeriksaan menyeluruh dan terperinci mengikut piawaian keselamatan yang telah ditetapkan.

“Ini untuk memastikan struktur landasan stabil dan selamat untuk beroperasi. Serentak dengan pengoperasian penuh semula Laluan Monorel, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara akan ditamatkan.

“Kekerapan tren kembali normal dimana waktu puncak adalah setiap 7 minit, dan waktu luar puncak setiap 10 minit,” jelas kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini