comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkhidmatan Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak LRT pulih

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak berjaya dipulihkan pada jam 3.30 petang.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan, kerja-kerja baik pulih sementara sistem komponen landasan selesai dijalankan oleh pasukan kejuruteraannya.

“Pihak operasi telah menjalankan ujian terhadap sistem dan komponen landasan bagi memastikan perkhidmatan laluan ini boleh beroperasi semula mengikut piawaian keselamatan.

“Bagaimanapun, pihak kejuruteraan dan operasi akan terus memantau kestabilan sistem bagi memastikan kelancaran operasi tren.

“Rapid Rail ingin berterima kasih kepada penumpang di atas kesabaran sepanjang gangguan perkhidmatan ini,” katanya

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini