Tumpuan :
Nasional

Perlembagaan Persekutuan tidak hadkan warga tempatan jadi ahli Dewan Rakyat

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor pada Simposium Parlimen Malaysia Kali Ketiga di Dewan Rakyat.

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan tidak mengehadkan warga tempatan, termasuk golongan minoriti dan orang kelainan upaya (OKU) untuk dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor berkata, sebaliknya hanya segelintir pihak hilang kelayakan untuk berbuat demikian, seperti diperuntukkan dalam sistem perundangan sedia ada.

“Tiada apa yang boleh menghalang anda (wanita atau OKU) untuk menjadi Ahli Parlimen.

“Hanya kekangan berikut yang akan menghalang anda daripada menjadi calon: jika anda muflis, telah dihukum dalam sistem perundangan dengan denda melebihi RM2,001 atau dipenjarakan lebih daripada satu tahun.

“Jika anda tidak tergolong dalam kategori tersebut, anda layak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai peruntukan kuota wanita dan OKU pada Simposium Parlimen Malaysia Kali Ketiga di Dewan Rakyat.

Selain itu katanya, sistem perundangan negara ini tidak memperuntukkan kuota khusus membabitkan pelantikan Ahli Parlimen.

Jelas beliau, kedudukan itu perlu diundi oleh rakyat iaitu ia harus dimenangi menerusi pilihan raya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini