Oleh Fareez Azman
SHAH ALAM: Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menolak permohonan bebas dengan bon jaminan terhadap 22 wanita dipercayai ahli Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
Penolakan permohonan itu dibuat Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman hari ini.
Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menolak permohonan bebas dengan bon jaminan terhadap 22 wanita dipercayai ahli Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH). pic.twitter.com/USj8d2aPsm
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 25, 2024
Terdahulu, kesemua wanita itu memakai baju lokap berwarna oren tiba di mahkamah di sini kira-kira jam 10.00 pagi tadi dibawa menaiki trak polis.
Bagaimanapun, mereka dilihat dibawa keluar dari perkarangan mahkamah kira-kira jam 11.44 pagi tadi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.