comscore
Tumpuan :
Nasional

Permohonan undi pos, luar negara PRU-15 Parlimen Padang Serai telah dibuka

 

KUALA LUMPUR:  Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah membuka permohonan undi pos untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017

Padang Serai bermula hari ini, 18 November 2022 (Jumaat) dan akan ditutup pada 22 November 2022 (Selasa).

Setiausaha SPR Datuk Indera Ikmalrudin Ishak menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang  1A  yang  dimuat  turun  dari  portal  rasmi  SPR  di https://www.spr.gov.my,  dan  dihantar  ke  Pejabat  Pegawai Pengurus P.017 Padang Serai.

“Bagi permohonan undi pos kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C Agensi / Organisasi) dilaksanakan secara dalam talian (online). Untuk pertanyaan atau penjelasan lebih lanjut boleh hubungi Unit Pengurusan Undi Pos di talian 03-8892 7040.

SPR telah menetapkan pengundian PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda kepada 7 Disember depan.penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

Penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai ditetapkan Khamis ini (24 November 2022) selepas calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya, 69, meninggal dunia, Rabu lalu.

Loading...
Terkini