comscore
Tumpuan :
Nasional

Perolehan aset baru, kecerdasan buatan (AI) tingkat kesiapsiagaan JBPM

 

Oleh: Fareez Azman

TAMBUN: Kesiapsiagaan kebombaan antara lapan bidang fokus utama yang akan diberikan perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurut Menterinya, Nga Kor Ming, ia termasuk perolehan peralatan dan aset-aset baharu bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Bagi tahun ini KPKT menetapkan salah satu daripada lapan bidang fokus utama kementerian adalah memperkukuh kesiapsiagaan kebombaan yang sejahtera merangkumi keperluan khusus.

“Iaitu memperkasakan keupayaan logistik melalui perolehan 150 unit kereta bomba kompak (CFRT) dengan kos RM147.25 juta dan akan ditempatkan di balai-balai bomba dan penyelamat di seluruh negara secara berfasa.

“Kedua memperkukuhkan program pencegahan kebakaran melalui pemeriksaan rumah, KPKT mensasarkan 17,000 bangunan untuk diperiksa secara berkala ini langkah proaktif tahap keselamatan kebakaran di bangunan,”katanya.

Selain itu, JBPM turut menggunakan Sistem Kawalan Perintah Insiden dengan aplikasi kecerdasan buatan (AI) serta data rata dalam projek rintis yang dilaksanakan sejak 1 Mac lalu.

Projek terbabit jelasnya dijangka selesai pada Februari 2026 sebelum digunakan secara rasmi JBPM dengan kos peruntukan lebih RM47 juta.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 di Tambun hari ini.

“Dalam isu cabaran masa kini, kejayaan sesebuah organisasi tidak dapat dicapai dengan mudah, jika tidak dihayati oleh warganya umpama isi dengan kuku.

“Marilah kita meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan bomba seiring konsep Malaysia Madani,” katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini