comscore
Tumpuan :
Nasional

Perselisihan faham di tapak bazar Ramadan bertukar kecoh

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Perselisihan faham berkaitan tapak bazar Ramadan di Taman Medan, di sini, berakhir dengan dua peniaga bertengkar sebelum bertukar kecoh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian itu pada mulanya berlaku pada Selasa lalu apabila wanita berniaga jus tembikai berselisih faham dengan seorang lelaki menjual popia.

Menurutnya, lelaki terbabit tidak berpuas hati selepas wanita terbabit dikatakan masuk ke kawasan tapak perniagaannya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Lelaki itu kemudian mengambil sebatang besi sebelum memukul mangsa menyebabkan berlaku kekecohan.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis sebelum kedua-duanya ingin menyelesaikan secara baik kerana sudah lama kenal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahrulnizam berkata, bagaimanapun pada jam 5.30 petang semalam, anak-anak lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati kemudian menyerang anak saudara wanita itu yang sedang berniaga sehingga berlaku rusuhan membabitkan kedua-dua pihak.

“Susulan itu, kita menahan kesemua mereka terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia 20-an hingga 40-an.

“Mereka direman dua hari bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan kerana merusuh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini