comscore
Tumpuan :
Nasional

Persidangan Cawangan UMNO bermula 22 April, Bahagian 21 Jun dan PAU 21 Ogos

 

 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan tarikh untuk diadakan Persidangan Tahunan Cawangan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian untuk Tahun 2024.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia termasuk tarikh untuk Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula pada 21 sehingga 24 Ogos 2024.

“MKT telah memutuskan tarikh untuk diadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2024.

“Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan akan bermula 22 April sehingga 2 Jun nanti, manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian 21 Jun hingga 29 Julai dan Perhimpunan Agung UMNO 21 sehingga 24 Ogos.” katanya dalam sidang media di Menara Dato Onn ibu negara malam ini.

MKT juga merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan yang secara konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

“Perjuangan berkenaan sehingga membawa kepada keputusan positif Mahkamah Keadilan Antarabangsa berpandukan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan yang memerintahkan Israel untuk menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap rakyat Palestin dan membenarkan bantuan kemanusiaan,” jelasnya.

Loading...
Terkini