comscore
Tumpuan :
Nasional

Persidangan Dewan Rakyat: PM akan perjelas penarikan rayuan kes kalimah Allah hari ini

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan untuk menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah “Allah” dalam penerbitan oleh penganut Kristian akan dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, perkara berkenaan akan dijawab Anwar pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Anwar dijadual berbuat demikian bagi menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri sebelum membuat keputusan sedemikian.

Pada 15 Mei, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama bagi tujuan pembelajaran.

Loading...
Terkini