comscore
Tumpuan :
Nasional

Pertahankan Kerajaan Perpaduan, jadikan kegagalan MN pengajaran – Ahmad Maslan

– Foto : NSTP

PETALING JAYA : Semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu mempertahankan gabungan itu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Maslan, kegagalan Piagam Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS perlu dijadikan pengajaran supaya tidak berulang dalam gabungan kerajaan perpaduan.

“MN dimeterai 14 Sept 2019, sementara Konvensyen Perpaduan pula diadakan 14 Mei lalu yang dihadiri ahli dan pemimpin pelbagai parti dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak yang menunjukkan kepelbagaian bangsa.

“Keadaan ini berbeza dengan MN, di mana hanya dihadiri masyarakat Melayu dan Islam di atas pentas penyatuan ummah, namun tidak berjaya mencapai matlamat diharapkan,” katanya lapor Sinar Harian.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama sejak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan enam bulan lalu diadakan Ahad lalu dan dihadiri hampir 10,000 perwakilan serta penyokong daripada 19 parti menyokong kerajaan perpaduan.

Loading...
Terkini