comscore
Tumpuan :
Nasional

Pertukaran pegawai kanan PDRM

KUALA LUMPUR: Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, antara enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa, 21 September ini.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, memaklumkan Abd Rahim dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Katanya, Abd Rahim menggantikan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Jumaat lalu.

Beliau berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din pula dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman.

Selain itu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid dilantik sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman menggantikan Ramli.

“Turut ditukarkan adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

“Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur bakal digantikan dengan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sekarang, Datuk Saiful Azly Kamaruddin,” kata Asmawati.

Loading...
Terkini