comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Peruntukan RM1 juta, selaras kegiatan penunggang p-hailing

Oleh : Amirulhakim Lokman 

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi melantik sekretariat tidak rasmi untuk menyelaras kegiatan penunggang p-hailing.

Katanya, beliau mahu satu program atau inisiatif diwujudkan secara berterusan dan bukan hanya sekadar ‘one off’ dalam menyelesaikan sebarang isu berkaitan pekerja sektor berkenaan.

“Untuk membantu golongan penghantar makanan di seluruh negara terutamanya ramai di Lembah Kelang, saya luluskan permulaan RM1 juta bagi tujuan penubuhan informal sekretariat supaya perlu ada komiti yang menyelaras kegiatan dan perihal selaraskan kerja gig rider ni” katanya pada Program Temu Anwar bersama Belia P-Hailing di Laman Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), di sini.

Acara turut dihadiri, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan disertai lebih 5 ribu pekerja p-hailing.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar juga memaklumkan beliau menetapkan tempoh satu minggu untuk mengadakan perjumpaan bersama semua pengendali syarikat penghantaran makanan P-hailing.

Pertemuan bertujuan membincangkan serta meneliti semula isu kadar upah diterima bagi setiap penghantaran, yang didakwa terlalu rendah ketika ini.

“Saya akan jumpa semua syarikat P-hailing di pejabat Perdana Menteri, beri saya tempoh satu minggu, saya akan tetapkan masa dan sampaikan saudara bahawa rate itu terlalu rendah,” katanya lagi.

Loading...
Terkini