comscore
Tumpuan :
Nasional

Perutusan Negara: Kerajaan gerak usaha gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta

PETALING JAYA: Kerajaan menyatakan keseriusan menggubal Dasar Gaji Progresif membabitkan sektor swasta bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting kerana ramai daripada golongan muda dan graduan sering bertanya mengenai nasib mereka berhubung perkara berkenaan.

“Kita serius menggubal Dasar Gaji Progresif yang membabitkan sektor swasta kerana ramai anak muda serta graduan bertanyakan apa nasib mereka.

“Sasaran gaji baharu sektor awam akan memberi mesej jelas kepada sektor swasta supaya mencatatkan keuntungan tinggi.

“Namun janganlah dengan meninggalkan peluang dan kedudukan pekerja sama ada peringkat bawahan atau profesional,” katanya dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini