comscore
Tumpuan :
Nasional

Perutusan Negara: Kerajaan laksana penyasaran subsidi diesel, Sabah Sarawak terkecuali

FOTO HIASAN

PETALING JAYA: Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, sekali gus mampu menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM4 bilion setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia bagaimanapun tidak membabitkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Katanya, pengecualian itu diberi kerana kebanyakan keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel untuk kegunaan kenderaan harian mereka.

“Di Semenanjung, bagi mengurangkan kenaikan mendadak harga barang, kita berikan subsidi kepada pengguna komersial termasuk 10 jenis kenderaan dan 23 pengangkutan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini