comscore
Tumpuan :
Nasional

Perutusan Negara: Tindakan keras akan diambil terhadap pelampau, penghasut

PETALING JAYA: Kerajaan akan bertindak keras terhadap golongan pelampau yang menghasut bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan negara berkata, ia susulan beberapa insiden keganasan yang berlaku beberapa minggu kebelakangan ini sehingga meragut nyawa pasukan keselamatan.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kita sudah mengadakan pertemuan dengan pasukan keselamatan dan akan bertindak keras terhadap gerombolan itu.

“Insya-Allah keadaan akan bertambah tenang dan terkawal.

“Nampaknya ada usaha untuk mengeruhkan suasana dalam keadaan negara aman dan ekonomi mula mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan,” katanya.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini