comscore
Tumpuan :
Nasional

Pesawat MAS mendarat cemas di Hyderabad akibat masalah enjin

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengesahkan bahawa penerbangan MH199 dari Hyderabad, India, ke Kuala Lumpur, yang dijadualkan hari ini, kembali ke Hyderabad kerana masalah pada satu daripada enjin selepas berlepas.

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada jam 3.21 pagi waktu tempatan, dengan semua penumpang dan anak kapal selamat.

“Penumpang yang terjejas akan dijadual semula ke penerbangan lain untuk meneruskan perjalanan mereka. Pesawat itu kini berada di darat untuk pemeriksaan lanjut.

“Keselamatan kekal paling penting kepada Malaysia Airlines,” kata MAB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media India.

Sebelum ini, sebuah media India melaporkan bahawa penerbangan Malaysia Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Hyderabad selepas pesawat itu mengalami masalah teknikal pada enjinnya.

Pesawat itu dilaporkan membawa 138 penumpang menuju ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini