comscore
Tumpuan :
Nasional

Peserta #Reformasi100Peratus berarak ke Parlimen

Peserta #Reformasi100Peratus berkumpul di Plaza Tugu Negara untuk berarak ke Parlimen. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 peserta Himpunan Tuntut Reformasi 100 peratus anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mula berarak ke bangunan Parlimen.

Peserta himpunan mula berkumpul berhampiran Plaza Tugu Negara di sini, seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke bangunan Parlimen kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi kira-kira 100 anggota polis yang melakukan kawalan.

 

Peserta #Reformasi100Peratus berkumpul di Plaza Tugu Negara untuk berarak ke Parlimen. – Foto: NSTP

Mereka dijangka menyuarakan beberapa tuntutan bagi mendesak kerajaan melaksanakan reformasi yang dijanjikan.

Antara tuntutan yang bakal disuarakan termasuk berkaitan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948 selain keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh mahkamah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini