comscore
Tumpuan :
Nasional

Pesta Laksa Kuale jadi acara tahunan

KUALA KANGSAR: Berita baik buat penggemar laksa. Pesta Laksa Kuale bakal dijadikan acara tahunan.

Kerajaan negeri berpendapat pesta ini mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee, berkata pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis hidangan laksa dari beberapa daerah di Perak serta negeri lain seperti laksa Sarawak.

Katanya, ia secara tidak langsung dapat merapatkan silaturahim selain mengenali serta memahami pelbagai budaya negeri lain melalui makanan.

“Kita (kerajaan negeri) juga akan berusaha menjadikan Pesta Laksa Kuale ini acara besar-besaran, sekali gus memberi impak kepada pengusaha laksa dalam menjana pendapatan.

“Ia juga membolehkan kita merangka padanan rangkaian perniagaan yang bersesuaian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, berkenan menyempurnakan perasmian Pesta Laksa Kuale di Arena Kuala Kangsar.

Sze Yee berkata, pihaknya menjangkakan 10,000 pengunjung hadir ke pesta berkenaan yang berlangsung dua hari bermula hari ini.

Loading...
Terkini