comscore
Tumpuan :
Nasional

PETRONAS dakwa tiada salah laku di bawah Akta SPRM 2009

Oleh Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: PETRONAS menegaskan tiada sebarang salah laku di bawah Akta SPRM 2009 oleh syarikat itu, kakitangan dan pengarahnya, berhubung  fail siasatan yang dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung kontrak PETRONAS pada tahun 2021 kepada anak syarikat tempatan milik sebuah syarikat huluan antarabangsa.

Menerusi satu kenyataan, PETRONAS telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang tempoh siasatan, dan terus komited memberikan kerjasama kepada SPRM dalam usaha ini.

Sejajar dengan polisi toleransi sifar rasuah, PETRONAS juga sentiasa mengambil langkah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha berterusan dalam mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah dan salah laku oleh pekerja, pengarah dan pihak ketiga bagi syarikat.

Semalam, SPRM mengesahkan telah membuka fail siasatan berkaitan perbuatan rasuah melibatkan projek PETRONAS serta sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa, melibatkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak.

Dalam siasatan itu, SPRM telah menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu tersebut.

Loading...
Terkini