comscore
Tumpuan :
Nasional

Piala Asia 2023: Stadium Al Janoub nanti pertarungan Harimau Malaya-Jordan

AL WAKRAH: Tinggal beberapa jam sahaja lagi arena bola sepak tanah air menantikan aksi yang menjadi tumpuan ramai apabila pasukan kebangsaan turun berentap dengan Jordan di Piala Asia 2023.

Stadium Al Janoub sudah bersiap sedia untuk menjadi saksi penampilan semula Malaysia di pentas Piala Asia selepas 17 tahun.

Semangat membara mengiringi perjuangan Harimau Malaya, selepas merasai sendiri aura gelanggang Piala Dunia 2022 itu semalam.

Anak buah Kim Pan Gon jelas terpesona dan terpukau dengan venue tersergam indah itu sekaligus mengharapkan segala perancangan diatur berjalan dengan lancar bermula jam 1.30 pagi waktu Malaysia nanti.

“Kami sampai di stadium untuk penyesuaian padang semua. Nampak cantik jadi harap kita buat yang terbaik untuk Malaysia.” luah pemain pertahanan Junior Eldstal.

Skuad negara membuat persiapan sewajarnya selama 14 hari di Doha dan cukup optimis mampu menyaingi lawan yang digelar ‘El-Nishami’ itu.

Masanya sudah tiba buat mereka menyajikan kekuatan sebenar dengan menjadikan bandar Al Wakrah sebagai lokasi untuk melakar sejarah tersendiri.

“Kami berada di stadium yang hebat ini, saya boleh kihat sendiri kemudahannya yang mempersonakan. Jadi saya harap segalanya akan berjalan lancar demi mendapatkan mata dan kebanggaan kepada anda semua.” kata penyerang naturalisasi Paulo Josue.

Malaysia dijadual turun di Stadium Al Janoub sebanyak dua kali, termasuklah berentap dengan pasukan pilihan, Korea Selatan 25 Januari nanti.

Justeru, faktor tuah bermain di gelanggang yang mampu memuatkan hampir 45 ribu penyokong itu semestinya turut diharap memainkan peranan demi mencapai keputusan dinginkan untuk melangkah jauh.

“Dalam suasana stadium memang sangat menarik keadaan padang memang sangat teruja la sebagai seorang pemain. Ini adalah peluang yang terbaik untuk pasukan kita membuktikan yang pasukan kita mampu la untuk bersaing.” jelas Mohd Faisal Abd Halim yang dijangka menggalas peranan di bahagian serangan.

Loading...
Terkini