comscore
Tumpuan :
Nasional

PIALA ASIA 2023: Uzbekistan lenyap cabaran Thailand

AL WAKRAH: Cubaan Thailand membuat kejutan ke atas Uzbekistan di pusingan kalah mati Piala Asia 2023 juga tidak kesampaian selepas terpaksa melangkah keluar di pusingan 16 terbaik.

Dalam aksi yang dimainkan di Al Janoub Stadium, barisan bimbingan Masatada Ishii terpaksa akur dengan kekalahan 1-2.

Azizbek Turgunboev meletakkan pasukannya di hadapan terlebih dahulu menerusi jaringan minit (m) ke-37.

Gajah Perang berjaya mengimbangi permainan sebaiknya membolehkan mereka turut tampil mengancam gawang lawan.

Supachok Sarachat menceriakan Thailand dengan gol penyamaan dari percubaan luar kotak penalti m-58.

Tujuh minit berselang, Abbosbek Fayzullaev melunturkan kembali perjuangan mereka dengan gol pemisah kedua-dua pasukan.

Keputusan itu membawa anak buah Srecko Katanec ke suku akhir dan dijadual menentang Qatar 3 Februari nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini