Tumpuan :
Nasional

Piala Skuasy Malaysia: Sivasangari mengesahkan tempat ke final

Pemain Malaysia, Sivasangari Subramaniam (kanan) melakukan pukulan ketika menentang pemain Scotland, Georgia Adderley ketika perlawanan separuh akhir Piala Skuasy ACE hari ini. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, S Sivasangari menepati ramalan apabila mengesahkan kemaraan ke final Piala Skuasy ACE Malaysia 2024.

Tampil sebagai pilihan pertama, Sivasangari yang menduduki ranking nombor sembilan dunia tidak berdepan masalah mengatasi pemain Scotland Georgia Adderley 11-3, 11-8, 11-6 pada aksi separuh akhir di pusat membeli belah The Curve di sini, hari ini.

Pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou itu berkata kehadiran penonton yang menyaksikan perlawanan memberikan tonik tambahan buat dirinya ketika dia mengakui beraksi di bawah tekanan.

“Hari ini biarpun bermain di bawah tekanan, saya buktikan saya boleh lakukan yang terbaik.

“Penonton banyak membantu dan saya gembira kerana dapat pamerkan permainan lebih baik berbanding ketika berdepan dengan dia di China dua minggu lalu,” katanya.

Sivasangari akan bertemu pemenang perlawanan antara rakan senegara, Rachel Arnold dengan pilihan kedua dari Mesir, Amina Orfi bagi perebutan kejuaraan esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini