comscore
Tumpuan :
Nasional

Pihak berkuasa tidak akan lengahkan siasatan, pendakwaan

Anwar dan Dr Wan Azizah hadir ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia di Wisma Chinese Chamber. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pihak berkuasa tidak akan melengah-lengahkan siasatan atau pendakwaan terhadap individu yang terbabit dengan rasuah.

Tegasnya, bukan menjadi tugas beliau untuk menjalankan siasatan atau pendakwaan.

Sebaliknya, beliau percaya pihak berkuasa yang terbabit tidak akan melambat-lambatkan perkara itu.

“Kelangsungan hidup orang Melayu bukan dicabar oleh kaum lain. Sebaliknya, oleh pemimpin negara yang tamak dan mencuri dari dana awam.

“Saya bukan lagi bercakap sebagai pemimpin pembangkang, tetapi melihat sendiri kertas kerja dan perkembangan beberapa tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Wisma Chinese Chamber di sini, hari ini.

Kehadiran Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Yang turut hadir, Presiden ACCCIM, Tan Sri Low Kian Chuan; Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini