comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pihak membentuk Kerajaan Perpaduan perlu eratkan hubungan, wujudkan keserasian

Oleh Syafiqah Damanhuri

GOMBAK: Semua pihak di peringkat pembentuk Kerajaan Perpaduan perlu komited untuk mengeratkan hubungan yang membentuk keserasian.

Itu antara intipati ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mengelak rasa curiga dalam kalangan pihak pihak yang terbabit dalam gabungan itu.

“Saya merasakan bahawa harus ada hubungan langsung antara pemerintah dan rakyat dalam usaha menggamit kecintaan dan keakraban dalam kalangan pentadbir, ahli politik dan semua pegawai.”

“Jalinan dan keserasian ini penting kerana sebelum ini sudah lebih 15 tahun kita berbeza pendapat”

“Kita layankan perbezaan sehingga kita lupa akhlak dan tasawuf dalam menanganinya, kita ‘belasah’ orang yang kita tidak suka sesuka hati guna jari jemari demi puaskan hati sendiri.” Katanya dalam ucapan di Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Masjid Batu 8, Gombak Utara.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berharap semua pohak dapat memanfaatkan kemulian bulan Ramadan dan memohon kemaafan kepada pihak yang pernah berselisih pendapat.

“Ramadan ini kita lupakan perkara-perkara, ketidaktentuan dalam hal pandangan yang berbeza. Kita tak mahu ummah terlalu melayan perbezaan dan akan mengakibatkan kabilah yang taksub pada kumpulan tertentu”

“Apatah lagi dalam kita tangani ada yang mendakwa mereka lebih Islam dari orang lain, kumpulan itu lebih iman dari orang lain, guna hadis, guna Al-Quran, Ijtimak Ulamak dan Qias mengikut selera masing-masing”

“Kita lupakan itu semua, perbezaan warna ini harus kita singkirkan daripada sekarang.” katanya.

Loading...
Terkini