comscore
Tumpuan :
Nasional

Piket Kepung Demi Palestin, polis tutup jalan di hadapan kedutaan AS

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Piket ‘Aksi bertindak, Kepung Demi Palestin’ yang dijadual bermula pada jam 10 malam ini diteruskan.

Perhimpunan dijangka membabitkan 100 individu daripada 48 badan bukan kerajaan, yang akan berkampung selama enam hari di sekitar kedutaan Amerika Syarikat.

Tinjauan di Jalan Tun Razak, di ibu negara pada jam 7 malam tadi mendapati polis menutup laluan di hadapan kedutaan berkenaan.

Beberapa anggota polis juga dilihat berkawal di kedua-dua arah jalan raya.

Manakala di lokasi berkumpul kumpulan piket iaitu di hadapan Menara Tabung Haji turut dikawal pihak berkuasa.

Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua ketika dihubungi berkata piket akan mula bergerak ke kedutaan Amerika Syarikat itu pada jam 11 malam.

Semalam, SSP dalam kenyataan berkata, piket itu adalah simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan.

Loading...
Terkini