comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pilih Ultraman Taro sebagai suami 

Foto akaun Tiktok Ziesenin98

PETALING JAYA: Setiap pasangan yang ingin mendirikan mahligai bahagia pastinya mengimpikan majlis perkahwinan yang meriah serta mahu tampil dalam busana segak dan bergaya.

Justeru pelbagai tema dan pakaian pengantin dijual di pasaran terpulang kepada pasangan raja sehari untuk memilih mana yang berkenan di hati selain menepati bajet yang telah ditetapkan mereka.

Berbeza dengan pemuda lain, Mohamad Zulhafizie Senin memilih untuk bersanding dengan mengenakan sut Ultraman Taro di hari persandingannya Sabtu lalu.

Video hari bahagia pemuda berusia 26 tahun ini tular selepas dikongsi seorang rakan di TikTok.

Difahamkan sut itu berharga RM2,000 dan ditempah dari Indonesia khusus untuk dipakai ketika majlis persandingannya.

Lebih menarik, dikatakan isteri Mohamad Zulhafizie, Nur Qayyimah Ahmad Rosli, 29, juga keluarga tidak menghalangnya untuk memakai sut
karakter adiwira kegemaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini