comscore
Tumpuan :
Nasional

Pilihan Raya Umum Indonesia 2024: Uya Kuya, calon PAN dilihat hadir di WTCKL 

KUALA LUMPUR: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL) lancar sejak awal pagi tadi.

Bagaimanapun, ketika ribuan rakyat Indonesia berpusu-pusu untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka, turut kelihatan hadir calon parti PAN, Uya Kuya yang juga pempengaruh terkenal Indonesia.

Beliau dilihat hadir kira-kira jam 9.00 pagi sebelum dikerumuni ribuan orang yang mahu berswafoto bersamanya.

“Saya datang melawat orang sakit di rumah kebajikan (berhampiran), cuma kami makan nasi lemak dekat sini kita mahu ke kompleks beli belah berhampiran.

“Dari tadi ramai orang, kita tidak bisa bergerak dari tadi ditahan orang mahu bergambar,”jelasnya ketika ditemui Buletin TV3.

Ujar Uya Kuya lagi, semangat warga Indonesia di Malaysia dilihat amat tinggi terutama dalam menentukan masa depan pentadbiran negara Republik itu 14 Februari depan.

“Bagus, walaupun di Malaysia mereka (warga Indonesia) bersemangat terlibat dalam Pemilu 2024, hebat dan mantap selalu,”katanya lagi.

Jumlah pemilih berdaftar di Malaysia adalah terbesar berbanding negara lain iaitu 47.55 peratus daripada keseluruhan 1.75 juta pengundi dalam daftar pemilih luar negeri di seluruh dunia bagi Pemilu kali ini.

Kira-kira 204 juta rakyat Indonesia akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pemilu 2024 pada 14 Februari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini