comscore
Tumpuan :
Nasional

Pindaan terbaharu Akta Perikanan 1985 akan dibawa ke Parlimen 

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Akta Perikanan 1985 yang wujud lebih 20 tahun akan dipinda pada sesi Parlimen akan datang bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tumpuan pindaan itu nanti untuk menangani isu membabitkan hal ehwal nelayan kecil dan besar, lesen dan lokasi tangkapan hasil laut.

“Kita akan pinda Akta Perikanan secara menyeluruh pada sesi Parlimen akan datang. Akta Perikanan ini telah wujud lebih 20 tahun.

“Pindaan merangkumi hal nelayan kecil dan nelayan pukat besar, bot besar serta daerah penangkapan serta sebagainya,” katanya menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi mengenai perancangan kerajaan untuk menyemak semula syarat pemberian lesen bagi nelayan keci di sidang Dewan Rakyat, pagi tadi.

Jelasnya, Kementerian turut menjalankan operasi pemutihan lesen sampan yang dijalankan setiap tahun.

Pihaknya dalam pada itu turut meluluskan lesen sampan membabitkan 6,000 permohonan dalam tempoh 2021 hingga 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini