comscore
Tumpuan :
Nasional

PKR bukan anggota Liberal International 

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Nasional  (PKR) menafikan dakwaan bahawa ia adalah ahli kepada Liberal International.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengakui, baru-baru ini ada percubaan terancang untuk mengaitkan PKR dengan pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.

“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

“PKR bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Liberal International adalah sebuah organisasi parti politik liberal di seluruh dunia yang diasaskan di Oxford pada 1947 dan menjadi rangkaian utama bagi parti liberal yang bertujuan untuk mengukuhkan liberalisme di seluruh dunia.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai hantaran oleh beberapa pihak yang mendakwa PKR menjadi ahli dalam organisasi parti politik liberal antarabangsa yang turut dipercayai ada kaitan menyokong Israel.

Loading...
Terkini