comscore
Tumpuan :
Nasional

PLUS tawar hidangan Menu Rahmah di R&R

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menawarkan Menu Rahmah di lebih 100 gerai makanan di kawasan rehat dan rawat (R&R) lebuh raya kendaliannya menjelang pertengahan bulan depan.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan, ia bagi menyahut saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta sokongan terhadap inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

“Fasa pertama Menu Rahmah untuk pengguna lebuh raya yang berhenti di R&R PLUS sudah mula ditawarkan sejak 23 Februari, iaitu di beberapa kawasan termasuk di hentian sebelah wilayah tengah rangkaian lebuh raya PLUS.

“Menu Rahmah ditawarkan untuk hidangan makan tengah hari pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang serta makan malam, antara 7 petang hingga 9 malam,” menurut kenyataan berkenaan.

Menurut PLUS, sebagai permulaan, sebanyak lapan R&R dan enam hentian mula menawarkan Menu Rahmah kepada pengguna.

Antaranya, R&R Tapah (arah utara dan selatan), R&R Ulu Bernam (arah selatan), R&R Rawang (arah utara) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Selain itu, R&R Seremban (arah utara), R&R Dengkil (arah utara dan selatan), Hentian Sebelah Simpang Pulai (arah utara dan selatan), Hentian Sebelah Serdang (arah utara dan selatan) dan Hentian Sebelah Nilai (arah utara dan selatan).

PLUS dalam kenyataan turut memaklumkan, bagi fasa kedua, ia melibatkan R&R dan Hentian Sebelah di wilayah utara yang dijangka dilaksanakan sebelum Khamis minggu ini.

“Bagi fasa ketiga pula, ia melibatkan wilayah selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dijadual dilaksanakan sebelum Khamis minggu depan,” kata syarikat itu.

Loading...
Terkini