
SINGAPURA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan melakukan lawatan ke Singapura, esok.
Menerusi satu kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) Singapura memaklumkan, Perdana Menteri negara itu, Lee Hsien Loong dan isteri, akan menyambut Datuk Seri Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk minum petang.
MFA berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan berada di Singapura untuk berucap pada Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2023.
“Anwar akan diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,” katanya. – BERNAMA