VIENTIANE: Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya masing-masing dari Timor Leste dan Singapura sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini.
Pada sebelah pagi, Anwar bertemu dengan Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmão selama kira-kira15 minit di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini.
Antara yang dibincangkan kedua-dua pemimpin, termasuk keanggotaan penuh Timor Leste dalam blok ASEAN, yang diyakini mampu memperluas dan mengembangkan sektor ekonomi serantau.
Timor-Leste masih menunggu keputusan konsensus negara ASEAN untuk diterima sebagai anggota penuh blok serantau itu.
Pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Singapura; Lawrence Wong pula berlangsung pada sebelah petang, selama kira-kira setengah jam di sebuah hotel di sini.
Pemimpin berkenaan membincangkan isu berkaitan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.