comscore
Tumpuan :
Nasional

PM adakan perjumpaan tertutup bersama MB Kelantan

Anwar menandatangani buku tetamu ketika tiba di Bangunan MABNA di Kompleks Kota Darulnaim diiringi Nassuruddin. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud untuk berbincang mengenai pembangunan negeri Kelantan.

Difahamkan taklimat mengenai perkara itu disampaikan oleh Mohd Nassuruddin. Ketibaan Anwar di bangunan MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim di sini pada 4 petang ini, disambut beberapa exco-exco negeri dan pengurusan tertinggi SUK negeri.

Turut mengiringi Anwar adalah Mohd Nassuruddin, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Turut hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Terdahulu Anwar meluangkan masa meninjau terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra fasa satu, yang mula beroperasi semalam. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini