KOTA BHARU: Perdana Menteri mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-55 hari ini.
Majlis penganugerahan darjah kebesaran oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu akan diadakan di Istana Negeri di Kubang Kerian pada jam 2 petang.
Perdana Menteri, dilaporkan akan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.
Manakala penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Sementara itu, menerusi lawatan Perdana Menteri di Kelantan hari ini, Anwar turut melawat Pasar Siti Khadijah dan dijangka akan membuat pengumuman tertentu.
Selain itu, Anwar turut melawat tapak projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa