comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Anwar bangga komitmen penjawat awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum bermula Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Putrajaya. – FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan komitmen penjawat awam yang sanggup menghadiri mesyuarat walaupun dengan notis singkat.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 yang dihadiri pemimpin kementerian berkaitan itu mengorak satu permulaan yang baik.

“Satu permulaan membanggakan saya kerana semua kementerian, Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha (KSU) dan Gabenor Bank Negara hadir walaupun ini adalah hari minggu.

“Saya zahirkan kebanggaan saya sikap penjawat awam yang sering kali tidak dihargai masyarakat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Antara pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus; pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini