Tumpuan :
Nasional

PM Anwar umum peruntukan RM1 juta untuk pembinaan Pusat Pengajian At-Taiyyibin

Perdana Menteri, Datuk Swri Anwar Ibrahim ketika berucap hadir pada majlis Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah di Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin Tanah Hitam di Chemor, di sini hari ini. – FOTO: NSTP

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembinaan Pusat Pengajian At-Taiyyibin di Tanah Hitam, Chemor dekat sini.

Beliau berkata ia adalah tambahan kepada dana yang dikumpul oleh penduduk kawasan itu bagi membangunkan pusat pengajian berkenaan.

“Saya ucap penghargaan setingginya (kepada pihak pengurusan pusat pengajian itu) termasuk penduduk di sini yang telah mengambil ikhtiar sendiri, tanah wakaf, yang membangunkan adalah ikhtiar sendiri.

“Ini (ikhtiar sendiri) satu perkara yang sangat membanggakan kerana ilmu itu fadilatan (fadilat) kepada seluruh Muslim dan Muslimat dan matlamat kita itu sebenarnya nak didik masyarakat, angkat martabatnya dan beri kefahaman,” katanya ketika berucap pada majlis Lawatan Mahabbah dan Kenduri Rakyat di pusat pengajian itu dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Penaung Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini