comscore
Tumpuan :
Nasional

PM arah DBKL tanam 100 pokok baharu bagi 1 pokok ditebang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanam semula 100 pokok baharu bagi setiap pokok yang terpaksa ditebang.

Ia susulan DBKL diarah menebang pokok yang berisiko tinggi.Perdana Menteri berkata, pihaknya sudah memberikan arahan berkenaan kepada Datuk Bandar, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh untuk tindakan susulan.

“Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa ditebang, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” katanya melalui aplikasi X, hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mengarahkan DBKL supaya segera mengambil tindakan menebang pokok yang berisiko tinggi.

Ia susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, minggu lalu, yang menyebabkan seorang mangsa terbunuh, manakala dua lagi cedera.

Kejadian ketika hujan lebat dan angin kencang itu turut menghempap sebanyak 17 kenderaan serta landasan monorel.

Dr Zaliha dilaporkan berkata, DBKL juga diarah menambahbaik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini