comscore
Tumpuan :
Nasional

PM arah polis ambil tindakan terhadap fitnah ejen Israel

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan pemimpin gabungan itu sebagai ejen Israel.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan terhadap fitnah berkenaan.

“Beliau (Anwar) tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap kritikan berkenaan capal (ketika memasuki Jabatan Perdana Menteri) namun kita menitikberatkan soal elemen fitnah seperti ejen Israel dan beliau meminta polis mengambil tindakan.

“Namun saya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai laporan polis itu,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Anwar yang juga Presiden PKR.

Sebelum ini, Anwar mula dikaitkan dengan fitnah itu apabila Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan pendirian Ahli Parlimen Tambun terbabit berhubung penahanan beberapa individu termasuk rakyat tempatan yang disyaki berkait dengan ejen perisikan Israel, Mossad.

Loading...
Terkini