comscore
Tumpuan :
Nasional

PM beri sumbangan kepada otai reformis

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Kamarul Hatta, seorang otai reformis yang kini berdepan masalah kesihatan.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi semalam untuk membantu urusan harian dan perubatan Hatta.

“Mana mungkin saya lupa pengorbanan Saudara Hatta yang menjadi pendukung utama perjuangan reformasi di saat sukar mahupun senang.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah,” katanya yang turut berkongsi gambar Farhan menziarahi Hatta.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini