comscore
Tumpuan :
Nasional

PM bincang perancangan pelaburan dengan FUJIFILM

FOTO: Anwar Ibrahim /Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan FUJIFILM Healthcare Americas Corporation (FUJIFILM) mengenai perancangan pelaburan dan sokongan yang boleh dilaksanakan oleh syarikat itu dalam sektor kesihatan di Malaysia.

Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sesi itu dijalankan sempena kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden FUJIFILM, Hidetoshi Ilzawa serta delegasinya ke pejabat Perdana Menteri petang tadi.

Beliau berkata perbincangan itu turut melibatkan penjagaan kesihatan, latihan dan dokumentasi rekod perubatan.

FOTO: Anwar Ibrahim /Facebook

“Pertemuan dan perbincangan hari ini selari dengan fokus kerajaan dalam menggerakkan transformasi teknologi, terutamanya dalam sektor awam,” katanya menerusi hantaran di laman sosialnya hari ini.

FUJIFILM adalah syarikat utama dalam inovasi penyelesaian diagnostik dan pengimejan perusahaan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang merentasi pencegahan, diagnosis dan rawatan.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini