comscore
Tumpuan :
Nasional

PM dapat cucu ke-13

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi kegembiraannya apabila menyambut kelahiran cucunya yang ke-13, hari ini.

Beliau memaklumkannya menerusi status di Facebook.

“Syukur ke hadrat Ilahi tatkala saya dan Azizah (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) hari ini menerima kehadiran cucunda ke-13.

“Alhamdulillah, tahniah anakanda Nuha dan Khairul,”katanya.

Cucu ke 13 Ahli Parlimen Tambun itu adalah adalah anak keempat kepada Nurul Nuha yang juga anak kedua kepada Datuk Seri Anwar dan Datin Seri Wan Azizah.

Loading...
Terkini