comscore
Tumpuan :
Nasional

PM enggan terlalu selesa, mahu tingkatkan prestasi Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berasa telalu selesa dengan prestasi yang ditunjukkan barisan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, segala hasil kemajuan dalam pebagai bidang yang dikecapi negara ketika ini adalah hasil usaha berpasukan dalam kabinet kerajaan.

“Ini adalah kerja berpasukan dan kita lakukan sebaik mungkin iaitu perubahan sedaya upaya kita (Kerajaan Perpaduan),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di TV3.

Jelasnya, prestasi Kerajaan Perpaduan perlu dilihat daripada pelbagai sudut yang mana didukung keupayaan dan kapasiti pembangunan Malaysia yang hebat.

Bagaimanapun, terdapat beberapa ruang yang boleh ditambah baik antaranya isu tata kelola yang baik, urus tadbir yang bersih yang tidak boleh diremehkan mana-mana pihak.

Usaha itu tambahnya akan membolehkan pelaksanaan pelbagai kerangka dan dasar yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan.

“Ini kalau dapat dibersihkan, maka kita boleh laksanakan beberapa kerangka dasar seperti ekonomi madani, transisi atau peralihan tenaga baharu dan hijau, transformasi digital dan misi perindustrian yang jelas,”

Beliau turut menegaskan ukuran sebenar kejayaan sesebuah kerajaan itu adalah terletak kepada keselesaan rakyat yang jelas masih belum dirasai rakyat ketika ini.

Loading...
Terkini