comscore
Tumpuan :
Nasional

PM gesa semua pihak perangi pandangan hambar, haprak soal rasuah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Wacana Pemikir Global 2024. – FOTO: NSTP

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Semua pihak digesa memerangi pandangan hambar dan haprak mengenai rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia penting kerana rasuah dan tatakelola lemah bukan sahaja menyebabkan peruntukan tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya malah ia penyebab puluhan bilion wang rakyat dipunggah oleh tokoh-tokoh tertentu.

“Buat apa kalau jadi Perdana Menteri kalau tidak kaya. Bodoh jadi Menteri Kewangan jika tidak kumpul berbilion-bilion. Pandangan hambar, haprak ini mesti diperangi. Kita yang bertanggungjawab ini bukan hanya orang politik tetapi seluruh sistem.

“Berapa sarjana yang bicara dengan berani yang mengizinkan ketelanjuran sebegini? Kita semua harus pikul tanggungjawab ini termasuk saya,” katanya ketika merasmikan Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan “The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia” di Universiti Malaya.

Tambah beliau keutamaan dana di bawah Kerajaan Madani adalah untuk pembersihan, kemudahan asas, sekolah terbaik, gerai-gerai dan warung-warung yang dimanfaatkan majoriti rakyat.

Tegasnya peruntukan harus digunakan untuk pembangunan manusiawi bukan membina mercu tanda dan gedung besar kerana itu menurutnya tugas pihak swasta.

Loading...
Terkini