comscore
Tumpuan :
Nasional

PM gesa tidak balas bersepadu secara global

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Tindak balas bersepadu secara global digesa ditampilkan ketika dunia berdepan dengan landskap pepecahan yang mengancam keselamatan juga kemakmuran kolektif.

Seruan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatkan ancaman seperti serangan siber, kebimbangan berkaitan alam sekitar dan kekurangan sumber, yang mendorong dunia menghala ke arah titik perubahan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Alam digital, apa yang dipanggil realiti kedua kita, menghadapi serangan siber tanpa henti, yang mengancam untuk menjejaskan data kita yang paling sensitif, menjejaskan keselamatan kita dan kepercayaan yang menjadi pegangan masyarakat dan ekonomi kita.

“Kebimbangan terhadap alam sekitar dan kekurangan sumber memburukkan lagi ketegangan ini.

“Perubahan iklim bukanlah ancaman yang masih jauh, namun krisis semasa yang memberi kesan kepada keselamatan makanan, menyebabkan bencana alam dan masyarakat yang kehilangan tempat tinggal,” katanya ketika merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 dan Pameran keselamatan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC ASIA) 2024.

Tambah beliau lagi ketika masyarakat goyah di bawah tekanan ini, bencana kehancuran ekonomi kelihatan semakin hampir, menjejaskan prospek kemakmuran masa depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini