comscore
Tumpuan :
Nasional

PM hadir majlis perkahwinan Ahli Parlimen Sungai Petani

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perkahwinan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri sekitar jam 12 tengahari disambut bapa pengantin lelaki, yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bersama isteri, Puan Sri Noraini Mohd.

Beliau yang meluangkan masa hampir satu jam di majlis itu turut sudi merakam gambar kenangan bersama pasangan pengantin, selain beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Lebih 10,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinan pasangan mempelai berkenaan, termasuk Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, Ahli Kabinet, dan Ahli Parlimen.

Majlis akad nikah Dr Mohammed Taufiq dan isterinya Dr Fathiyah Ainul Mardiyah Andri Nopendra diadakan pada 24 Februari lalu di Indonesia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini