comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM hadir majlis rumah terbuka MCA

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2024 di Dewan San Choon, Wisma MCA.

Kehadiran beliau disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dengan diiringi persembahan tarian singa.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan.

Sebagai simbolik meraikan perayaan itu, Datuk Seri Anwar bersama-sama kepimpinan MCA dan BN turut menggaul ‘Yee Sang’.

Datuk Seri Wee Ka Siong turut menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini