comscore
Tumpuan :
Nasional

PM hadir Malam Langkahan Wira DBP

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bergambar dengan penyair, penyajak dan artis persembahan pada Malam Langkahan Wira di Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.- Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Malam Langkahan Wira Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dekat sini.

Bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, majlis itu menyaksikan Sasterawan Negara ke-10 yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Dr Anwar Ridhwan mendeklamasikan puisi.

Istimewanya majlis itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan masing-masing turut menyumbangkan bacaan puisi.

Pada majlis itu, Sasterawan Negara ke-15 yang juga penyair terkemuka tanah air, Datuk Rahman Shaari turut memperdengar puisi nukilannya yang bertajuk Langkahan Wira.

Malam Langkahan Wira bertujuan memperkasa sastera dalam kalangan pelajar dan masyarakat dianjurkan bersama Persatuan Penyair Malaysia, DBP dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Langkahan Wira ialah kisah pejuang yang memperjuang keadilan sebelum merdeka, iaitu kemerdekaan menjadi fokus utama untuk dicapai oleh penyair.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini