comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Anjuran MCA

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai ratusan rakyat tempatan berbilang kaum memeriahkan majlis Rumah Terbuka MCA sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini, pagi ini.

Menariknya, ia kunjungan kali pertama selepas lebih dua dekad Pengerusi Pakatan Harapan itu ke ibu pejabat parti komponen Barisan Nasional berkenaan.

Menggayakan baju batik merah, Perdana Menteri yang diiringi isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tiba ke majlis itu pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Perdana Menteri disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong serta barisan kepimpinan MCA sambil diiringi tarian singa.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa barisan kabinet lain.

Datuk Seri Anwar serta semua pemimpin lain kemudian menyempurnakan acara tradisi menggaul yee sang, makanan tradisi ketika sambutan perayaan itu.

Loading...
Terkini